Khamis, 25 Jun 2009

hadith harian

Melakukan berjual beli atau berdagang dalam masjid HARAM hukumnya. Masjid itu gunanya untuk beribadat dan bukan untuk mencari keuntungan duniawi. Juga mencari barang hilang pun tidak boleh di dalam masjid.


Hadith yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah ra. Bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :
Sesiapa yang melihat orang berjualbeli di dalam masjid, maka katakan lah kepadaanya : "Semoga Allah tidak akan memberikan keuntungan dagangan engkau."

Riwayat Tirmizi dan Nasai
PETIKAN : FIQH SYAFII-HJ IDRIS AHMAD S.H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan