Jumaat, 26 Jun 2009




KEHENDAK ALLAH SWT



SETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi
bahkan yang akan terjadi
adalah dari kehendak Allah

Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi,
di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi
Di alam Akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat,
alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah
Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Allah
pada azali lagi

Ia berlaku tepat pada masanya, tepat pada tempatnya,
tepat pada keperluan makhluk-Nya,
tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya
Bersetentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya,
pendengaran- Nya, penglihatan- Nya

Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi,
berlaku dengan kehendak Allah,
bukan pula Allah menimbang-nimbang
Maha Suci Allah daripada menimbang-nimbang,
kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia
Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Allah,
berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan- Nya
dan pendengaran- Nya pada azali lagi
Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya
dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali

Dengan kehendak Allah setiap benda yang terjadi
bukan dengan pertimbangan semasa, Maha Suci Allah
Kerana Allah sudah sedia tahu setiap masa makhluk-Nya
Ia terjadi adalah berdasarkan kehendak Allah pada azali lagi
sesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-Nya
Dengan ilmu, pendengaran, penglihatan- Nya pada azali juga
Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan,
pendengaran- Nya yang sudah sedia yang tidak bermula
Kalau kehendak Allah ada bermula,
sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya




Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula
Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-Nya
Kehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat- Nya yang lain,
tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-Nya
Sifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula
Kalau begitu, satu sifat Allah sahaja kita faham,
betapa hebatnya

Sungguh Maha Besar, Maha Agung,
Maha Tinggi, dan Maha Suci
Belum kita memperkatakan sifat-sifat- Nya yang lain
Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu
sudah terasa agung-Nya Allah
Kalau begitu Allah patut dicintai, ditakuti,
disembah dan dibesarkan
Tidak patutlah selama ini
kita tidak mempedulikan Allah
atau tidak ambil tahu tentang Allah

langkah keselamatan

Perlu Tahu..

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebar-sebarkan ya~

Khamis, 25 Jun 2009

JENAKA EMOSI

OH... MAKCIK...
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..


================
BURUNG YANG ISTIMEWA

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

==================
MENGANDUNG

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)

Lelaki:???????????
=============

SCANDAL DR

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"

hadith harian

Melakukan berjual beli atau berdagang dalam masjid HARAM hukumnya. Masjid itu gunanya untuk beribadat dan bukan untuk mencari keuntungan duniawi. Juga mencari barang hilang pun tidak boleh di dalam masjid.


Hadith yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah ra. Bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda :
Sesiapa yang melihat orang berjualbeli di dalam masjid, maka katakan lah kepadaanya : "Semoga Allah tidak akan memberikan keuntungan dagangan engkau."

Riwayat Tirmizi dan Nasai
PETIKAN : FIQH SYAFII-HJ IDRIS AHMAD S.H

Rabu, 24 Jun 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA

PEREMPUAN SATU ANUGERAH...



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla?h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Selasa, 2 Jun 2009

USRAH LORONG F

Program usrah adalah salah satu cabang aktiviti yang telah diilhamkan oleh pengerusi surau kita ustaz Ahmad tujuan program ini dijalankan adalah bagi memupuk ikatan silaturahim antara ahli kariah surau al-falah seksyen 8 kota puteri.Usrah yang pertama bagi tahun ini telah di anjurkan oleh saudara Mohd Hanim pada 04/04/09 selepas solat isyak.Program ini dimulakan dengan sedikit kata-kata nasihat daripada ustaz Ahmad, di ikuti dengan bacaan yasin serta doa selamat.